Pengenalan: Bantuan Geran Pelancaran (GP)
Unit bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menawarkan kepada golongan sasar yang memerlukan tunai secara one-off, supaya dapat menampung kos sara hidup yang mencabar pada masa kini. Skim bantuan geran pelancaran yang diadakan adalah salah satu kerja untuk menolong golongan sasar yang kurang berkemampuan ke arah yang lebih baik secara pencegahan, pemulihan, pembangunan dan pengintegrasian, dan yang merupakan salah satu cara dalam kerja sosial dalam masyarakat. Proses pemberian bantuan kebajikan oleh kerajaan ini juga diambil kira salah satu potensi yang dapat menbantu kepada setiap penerima skim bantuan dalam melahirkan rakyat yang produktif ke arah hidup lebih berdikari.
Nama Skim Bantuan
Skim Bantuan Kebajikan GERAN PELANCARAN (GP) Oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
KADAR JUMLAH TUNAI
Maksimum RM2,700 dibayar secara sekaligus (One-Off). Mungkin dinaikkan kepada Rm5000 pada masa akan datang.
OBJEKTIF SKIM BANTUAN
- Pemerkasaan ekonomi golongan sasar oleh JKM untuk menbentuk golongan yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
- Mewujudkan program bantuan pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu golongan pemohon mencapai matlamat ke arah berdikari.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia
- Golongan kumpulan sasar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dalam Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin PerKapita Semasa permohonan.
Sumber dan Rujukan – www.jkm.gov.my