Pengenalan: Bantuan Budi Madani
BUDI MADANI adalah bantuan tunai oleh kerajaan MADANI untuk memastikan subsidi diagihkan kepada golongan yang layak sahaja. Bajet kewangan tahun 2024 yang diumumkan oleh perdana menteri bertujuan untuk menstrukturkan semula sasaran subsidi bahan api (Bantuan BUDI MySubsidi Diesel) untuk membendung penyeludupan dan menbendung pengagihan subsidi kepada bukan rakyat Malaysia.
Bagi memastikan kebajikan semua rakyat Malaysia terus terpelihara dan dijaga, Bantuan BUDI MADANI diperkenalkan sebagai skim platform untuk memberi subsidi hanya kepada mereka yang memerlukan sahaja. Sebagai contoh kenderaan pengangkutan kargo darat tertentu terus dapat menerima subsidi untuk mengawal harga kargo yang makin naik, dan manakala bantuan tunai diberikan kepada individu terpilih bagi mengekang kenaikan kos sara hidup.
Kategori Skim Bantuan Budi Madani
- BUDI MySubsidi Diesel – Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) adalah skim bantuan khusus untuk kenderaan awam dan pengangkutan berat kargo khusus untuk terus menerima subsidi diesel melalui “fleet card”.
- BUDI Agri-Komoditi – Bantuan subsidi tunai disediakan kepada untuk petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mendapat manfaat daripada kenaikan kos diesel yang digunakan dalam jentera kenderaan pertanian.
- BUDI Individu – Bantuan subsidi tunai akan diberikan kepada pemilik kenderaan diesel yang bertaraf individu yang memenuhi kelayakan tertentu sahaja. Bantuan ini dapat menampung peningkatan kos pengangkutan harian bagi individu tersebut bagi yang menggunakan kenderaan jenis minyak diesel.
Cara Memohon
Bagi yang belum memohon, anda boleh semak kelayakan anda dan daftar hari ini!
Permohonan dibuka sepanjang tahun 2024/2025 dan tiada tarikh tutup.
Layari portal BUDI MADANI Disini:
https://budimadani.gov.my/
Sumber dan Rujukan – https://budimadani.gov.my