Cara Memohon Bantuan Ibu Tunggal Perak

Pengenalan: Bantuan Ibu Tunggal Perak

Berita baik untuk semua ibu tunggal di Negeri Perak, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) ada menawarkan bantuan ibu tunggal khas untuk negeri Perak. Ibu tunggal merupakan golongan sasar yang dijadualkan menerima pelbagai inisiatif bantuan dari kerajaan pusat atau kerajaan negeri. Melalui bantuan inisiatif ini, wanita khususnya ibu tunggal dilihat sebagai penyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

Dibawah ini adalah Ibu Tunggal yang sudah menerima bantuan

Ibu Tunggal Puan Roziana – Pasukan MAIPk Daerah Gerik yang terdiri daripada En Zul-Azri bin Hosaini telah melawat Puan Roziana bagi menyampaikan sumbangan beras dan wang sagu hati tambahan. Dan juga, MAIPk menganugerahkan bantuan kewangan bulanan sebanyak Rm400 kepada Puan Roziana. Untuk berita penuh boleh klik disini.

bantuan ibu tunggal perak 1

Ibu Tunggal Puan Senah – Pegawai MAIPk Kuala Kangsar menyerahkan sendiri oven elektrik dua lapis kepada Puan Senah. Jumlah bantuan kewangan ialah RM2480. Semoga dengan bantuan ini, Puan Senah dapat membakar dan menjual baulunya seperti biasa. Untuk berita penuh boleh klik disini.

bantuan ibu tunggal perak 2

Kriteria Kelayakan Bantuan

  • Beragama Islam
  • Wanita yang merupakan kelahiran dan Bermastautin di Negeri Perak.
  • Wanita yang dilabelkan sebagai Ketua Isi Rumah iaitu Ibu Tunggal dan digolongkan sebagai Asnaf Fakir / Miskin / Muallaf / Ibnu Sabil /Fisabilillah / Ghorimin (tertakluk kepada kifayah).
  • Tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak/agensi.

Cara Memohon Bantuan Ibu Tunggal

  • Para ibu tunggal boleh muat turun borang bantuan zakat MAIPk – Klik Disini Muat Turun Borang
    • Dalam borang tersebut sila pilih “SKIM BANTUAN KEWANGAN BULANAN” , hanya tick satu skim bantuan sahaja. Boleh juga memilih skim bantuan yang lain yang mengikut situasi keperluan semasa anda.
  • Jika memohon lebih daripada satu program bantuan, pemohon mesti melengkapkan borang berasingan.
  • Borang ini hendaklah diisi dengan menggunakan huruf besar. Setiap permohonan hendaklah dibuat atas nama ketua isi rumah, kecuali bantuan perubatan, hemodialisis, penyelesaian hutang dan perbelanjaan perjalanan domestik.
  • Hanya borang yang lengkap akan diproses

Dokumen Sokongan Yang Perlu dibawa

Ini adalah dokumen sokongan perlu ada untuk proses permohonan,

  • Salinan Kad Pengenalan / Pasport pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan / Pasport pasangan pemohon (jika berkahwin)
  • Salinan Kad Pengenalan bapa / penjaga
  • Salinan Kad Pengenalan ibu / pasangan penjaga
  • Salinan Kad Pengenalan semua ahli isi rumah
  • Salinan penyata pendapatan pemohon
  • Salinan penyata pendapatan pasangan pemohon
  • Salinan penyata pendapatan bapa / penjaga
  • Salinan penyata pendapatan ibu / pasangan penjaga
  • Salinan Sijil Nikah / Cerai (bapa / penjaga, ibu / pasangan penjaga)
  • Salinan Sijil Kematian (bapa / penjaga, ibu / pasangan penjaga)
  • Salinan Surat Pengesahan Sakit oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
    (bapa / penjaga, ibu / pasangan penjaga)
  • Salinan Kad Memeluk Islam (bapa / penjaga, ibu / pasangan penjaga)

Penghantaran Permohonan

Selepas mengisi lengkap borang tersebut, borang permohonan perlu dihantar mengikut alamat tempat tinggal yang terdekat dengan anda.

Untuk Lebih Lanjut Senarai-senarai Bantuan yang ada Khas untuk Ibu Tunggal Seluruh Negeri boleh layari atau Klik Disini Bantuan Ibu Tunggal Malaysia

Boleh merujuk pejabat pentadbiran maipk seperti alamat di bawah:

IPOH (IBU PEJABAT)
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05-208 4000 Faks: 05-241 4257

BATU GAJAH
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
Pejabat Pentadbiran Daerah Batu Gajah
No. 27, Jalan Mat Saman
31000 Batu Gajah
Tel: 05-365 1290 Faks: 05-365 3504

BAGAN SERAI
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
Pejabat Pentadbiran Daerah Bagan Serai
Jalan Matang Buluh
34300 Bagan Serai
Tel: 05-721 2926 Faks: 05-721 9862

PARIT BUNTAR
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
Pejabat Pentadbiran Daerah Parit Buntar
JKR 1540N, Jalan Persiaran Permai
Taman Kerian Permai
34200 Parit Buntar
Tel: 05-716 7090 Faks: 05-716 2141

SERI ISKANDAR
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
Pejabat Pentadbiran Daerah Seri Iskandar
No 3 & 3A, Jalan PP7, Bandar Universiti
32610 Seri Iskandar
Tel: 05-366 5310 Faks: 05-366 3445

KAMPONG GAJAH
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
Pejabat Pentadbiran Daerah Kampong Gajah
Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah
Jalan Tanjung Tualang
36800 Kampong Gajah
Tel: 05-631 2208 Faks: 05-631 3078

LENGGONG
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
Pejabat Pentadbiran Daerah Lenggong
Jalan Alang Iskandar
33400 Lenggong
Tel: 05-767 8869 Faks: 05-767 8542

PENGKALAN HULU
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
Pejabat Pentadbiran Daerah Pengkalan Hulu
Jalan Tasek
33100 Pengkalan Hulu
Tel: 04-477 8077 Faks: 04-477 8917

KUALA KANGSAR
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
Pejabat Pentadbiran Daerah Kuala Kangsar
Jalan Raja Chulan
33000 Kuala Kangsar
Tel: 05-776 8371 Faks: 05-777 3400

TAIPING
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
Pejabat Pentadbiran Daerah Taiping
Jalan Muzium Hulu
34000 Taiping
Tel: 05-806 6564 Faks: 05-805 8048

SELAMA
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
Pejabat Pentadbiran Daerah Selama
Lot 463, Jalan Wan Mohd Razally
34100 Selama
Tel: 05-839 3744 Faks: 05-839 1064

MANJUNG
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
Pejabat Pentadbiran Daerah Manjung
No. 7 & 7A, Persiaran PM 3/6,
Pusat Bandar Seksyen 3
32040 Seri Manjung
Tel: 05-688 6957 Faks: 05-688 7599

KAMPAR
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
Pejabat Pentadbiran Daerah Kampar
Lot 105 &106 Jalan Idris
31900 Kampar
Tel: 05-465 1143 Faks: 05-465 1151

MUALLIM
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
Pejabat Pentadbiran Daerah Muallim
Jalan Rumah Rehat
35800 Slim River
Tel: 05-452 0653 Faks: 05-452 6221

TAPAH
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
Pejabat Pentadbiran Daerah Tapah
Lot 569, Jalan Bukit Baldwin
35000 Tapah
Tel: 05-401 4858 Faks: 05-401 0490

TELUK INTAN
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
Pejabat Pentadbiran Daerah Teluk Intan
Kompleks Tadbiran Agama Islam
Jalan Raja Musa
36000 Teluk Intan
Tel: 05-621 6194 Faks: 05-621 2263

GERIK
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
Pejabat Pentadbiran Daerah Gerik
Jalan Haji Meor Yahya
33300 Gerik
Tel: 05-791 3755 Faks: 05-791 0137

BAGAN DATOH
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
Pejabat Pentadbiran Daerah Bagan Datoh
Rumah Kedai Pekan Selekoh
36200 Selekoh

Sumber dan Rujukan – https://www.maiamp.gov.my/

Penulis Epic @ Ebantuan.my, saya adalah orang yang akan memastikan setiap catatan dan artikel blog yang kami terbitkan adalah LUAR BIASA dari yang lain.

Related Posts