E-BantuanBantuan Pelajar

Bantuan Awal Kewangan Pelajar SPM & IPT 2024

Pengenalan: Bantuan Kewangan Pelajar IPT/SPM/STPM

Bantuan Kewangan Biasiswa Pelajar Lepasan SPM

  • Bantuan biasiswa ini yang ditawarkan adalah terhad hanya bagi keperluan kerjaya keguruan sahaja. KPM akan menyediakan tajaan Biasiswa untuk pelajar lepasan SPM yang hanya berminat dalam menceburi bidang pendidikan melalui Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) bagi untuk mengikuti kursus Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan Khas, Bahasa Perancis dan Bahasa Mandarin di luar negara.
  • Manakala untuk lepasan SPM dari golongan keluarga susah B40 yang akan menyambung pengajian di peringkat Asasi (dari 12 Universiti Awam terpilih), KPM juga ada menyediakan Bantuan Kewangan Asasi yang dapat dipohon melalui universiti masing-masing. Bagi untuk pelajar lepasan tahap SPM yang ingin menyambung pengajian diperingkat sijil penuh dekat Kolej Komuniti pula, KPM ada menyediakan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) khas hanya untuk keluarga yang berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah, yang dapat dipohon melalui Kolej Komuniti masing-masing. 

Bantuan Kewangan Biasiswa Pelajar Lepasan Matrikulasi Dan STPM

  • Pelajar lepasan matrikulasi dan STPM yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang jurusan Sains Tulen (Fizik, Matematik, Biologi dan Kimia) bolehlah memohon bantuan tajaan Biasiswa MyBrainSc untuk pengajian didalam dan juga luar negara (hanya terhad kepada university terkemuka dunia sahaja). Bagi yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang pendidikan pula, pelajar tersebut boleh memohon bantuan tajaan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) untuk diselaraskan dengan kerjaya perguruan di KPM selepas tamat pengajian masa depan nanti. KPM juga ada menawarkan bantuan Biasiswa bagi Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Lepasan Matrikulasi ke luar negara khas untuk dilantik sebagai pensyarah Kolej Matrikulasi sejurus selepas pelajar tamat pengajian nanti. Walau bagaimanapun, lantikan sebagai guru atau pensyarah Kolej Matrikulasi untuk Program ISMP dan PPPC Matrikulasi adalah terikat kepada kelayakan dan keputusan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Cara Memohon

Permohonan Bantuan Kewangan Biasiswa Pelajar ini boleh didaftar secara atas talian pada https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc/

Kementerian akan memaklumkan bila tarikh permohonan akan dibuka secara atas talian melalui pengumuman rasmi di laman web official Kementerian Pelajaran Malaysia. Bantuan biasiswa yang ditawarkan adalah dalam bentuk Yuran Pengajian yang akan dibayar terus kepada pihak Universiti, Elaun Buku, Elaun Sara Hidup, Elaun Alat Perkakas, Elaun Kertas Projek, Elaun Bantuan Komputer, Elaun Tesis, Elaun Latihan Amali dan lain-lain yang berkaitan kos pengajian.  

Sumber Dan Rujukan

Segala pertanyaan dan rujukan bolehlah layari di laman web official kerajaan malaysia di https://www.moe.gov.my/bantuan-kewangan

Penulis Epic @ Ebantuan.my, saya adalah orang yang akan memastikan setiap catatan dan artikel blog yang kami terbitkan adalah LUAR BIASA dari yang lain.

Related Posts