
Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Bantuan Mengurus Jenazah Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam. Elaun pengebumian (RM3000) bagi kematian anggota yang sedang berkhidmat dibayar oleh jabatan tempat terakhir anggota itu berkhidmat. Pekeliling Kementerian Kewangan Bilangan 3 Tahun 2010 berkaitan perkara ini.
Waris pesara kerajaan Malaysia yang meninggal dunia pada atau selepas 15 Oktober 2010 termasuk perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam negeri, badan berkanun, kerajaan tempatan dan pesara skim kumpulan wang simpanan. (Bayaran ini tidak terpakai kepada waris yang telah meninggal dunia yang telah menerima pencen).
Kadar Bantuan Mengurus Jenazah adalah sebanyak RM3,000.00 dan dibayar sekali sahaja secara sekali gus
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang JPA.BP.UMUM.BMJ Pin 2023, yang boleh dimuat turun dari laman web www.jpapencen.gov.my atau boleh klik link muat turun borang dibawah sekali.
Borang yang telah lengkap diisi bersama dengan dokumentasi sokongan hendaklah diserahkan ke alamat berikut:
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan
Aras 2, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya
SELANGOR
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pencen Cawangan Sabah
Aras 1, Blok A
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Jalan UMS – Sulaman, Likas
Peti Surat No 2061
88450 Kota Kinabalu
SABAH
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pencen Cawangan Sarawak
Aras 2, Bangunan Marzuki, Lot 1656 Seksyen 65
Jalan Tun Dato’ Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub Petrajaya
93050 Kuching
SARAWAK
Apabila sudah lengkapkan borang tersebut, waris pemohon boleh kemukakan borang tersebut beserta salinan dokumen sokongan kepada KWAP melalui link ini https://feedbacks.kwap.my/
Sumber dan Rujukan – www.jpapencen.gov.my