Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter

BUDI MADANI adalah bantuan tunai oleh kerajaan MADANI untuk memastikan subsidi diagihkan kepada golongan yang layak sahaja. Bajet kewangan tahun 2024 yang diumumkan oleh perdana menteri bertujuan untuk menstrukturkan semula sasaran subsidi bahan api (Bantuan BUDI MySubsidi Diesel) untuk membendung penyeludupan dan menbendung pengagihan subsidi kepada bukan rakyat Malaysia.
Bagi memastikan kebajikan semua rakyat Malaysia terus terpelihara dan dijaga, Bantuan BUDI MADANI diperkenalkan sebagai skim platform untuk memberi subsidi hanya kepada mereka yang memerlukan sahaja. Sebagai contoh kenderaan pengangkutan kargo darat tertentu terus dapat menerima subsidi untuk mengawal harga kargo yang makin naik, dan manakala bantuan tunai diberikan kepada individu terpilih bagi mengekang kenaikan kos sara hidup.
Bagi yang belum memohon, anda boleh semak kelayakan anda dan daftar hari ini!
Permohonan dibuka sepanjang tahun 2024/2025 dan tiada tarikh tutup.
Layari portal BUDI MADANI Disini:
https://budimadani.gov.my/
Sumber dan Rujukan – https://budimadani.gov.my