Bantuan Sara HidupE-BantuanSkim Bantuan Kelantan

Mohon RM1000 Skim Bantuan Perkahwinan Kelantan

Pengenalan: Skim Bantuan Kahwin Gerbang Az-Ziwaaj

Skim Bantuan Perkahwinan Kelantan ialah Skim Gerbang Az-Ziwaaj yang dianjurkan dibawah kerajaan negeri Kelantan. Bantuan skim ini adalah merupakan hadiah atau saguhati khas untuk pasangan pengantin baru yang akan melangkah ke alam perkahwinan yang penuh cabaran, dengan serba sedikit dapat mengurangkan bebanan kos majlis perkahwinan pasangan tersebut.

Mohon RM1000 Skim Bantuan Perkahwinan Kelantan

Bantuan perkahwinan sebanyak RM1,000.00 akan diberikan kepada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan (mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan).

Syarat-Syarat Permohonan

  • Pemohon mestilah LELAKI
  • Warganegara Malaysia
  • Dilahirkan di Kelantan
  • Perkahwinan Pertama
  • Tempoh Permohonan sebulan sebelum tarikh perkahwinan.
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi RM2000.00 sebulan.
  • Tergolong dalam kategori miskin dan perlu dibantu. (mengikut kriteria dan budi bicara kerajaan negeri)

Senarai Dokumen Diperlukan

  • Salinan Borang Permohonan
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Surat Beranak/ Sijil Kelahiran
  • Salinan Sijil Kursus Perkahwinan/ Surat Pengecualian Kursus Perkahwinan
  • Salinan Borang Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
  • Salinan Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin (Borang 1)
  • Salinan Slip Gaji/ Pengesahan Pendapatan oleh penghulu mukim/ penggawa
  • Gambar Berukuran Passport dan Salinan Pengesahan No. Akaun/ Penyata Akaun Bank

Cara Permohonan

  1. Buka Laman web dan daftar akaun di https://eazziwaaj.kelantan.gov.my/register
  2. Isi Maklumat Permohonan lengkap, Pemohon dan Pasangan
  3. Memuat Turun Borang Permohonan & mencetak borang permohonan. Pemohon juga perlu mengesahkan borang permohonan tersebut dengan penghulu mukim.
  4. Permohonan yang telah disahkan perlu dimuatnaik beserta dengan beberapa dokumen yang diperlukan.
  5. Mengesahkan semua butiran dokumen yang diisi dan membuat pengakuan bahawa semua butiran yang diberikan adalah benar.
  6. Tekan butang ‘Hantar Permohonan’ bagi melengkapkan proses permohonan SKIM GERBANG AZ-ZIWAAJ.

Sehingga kini seramai lebih 60000 pasangan sudah pun mengambil manfaat menerima skim bantuan perkahwinan ini dan tiada kuota yang ditetapkan oleh kerajaan negeri untuk seberapa ramai mana pasangan yang ingin berkahwin untuk memohon skim bantuan ini setiap tahun.

Sumber Dan Rujukan – https://eazziwaaj.kelantan.gov.my/

Penulis Epic @ Ebantuan.my, saya adalah orang yang akan memastikan setiap catatan dan artikel blog yang kami terbitkan adalah LUAR BIASA dari yang lain.

Related Posts