Skim Bantuan Perkahwinan Kelantan ialah Skim Gerbang Az-Ziwaaj yang dianjurkan dibawah kerajaan negeri Kelantan. Bantuan skim ini adalah merupakan hadiah atau saguhati khas untuk pasangan pengantin baru yang akan melangkah ke alam perkahwinan yang penuh cabaran, dengan serba sedikit dapat mengurangkan bebanan kos majlis perkahwinan pasangan tersebut.
Bantuan perkahwinan sebanyak RM1,000.00 akan diberikan kepada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan (mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan).
Syarat-Syarat Permohonan
Pemohon mestilah LELAKI
Warganegara Malaysia
Dilahirkan di Kelantan
Perkahwinan Pertama
Tempoh Permohonan sebulan sebelum tarikh perkahwinan.
Pendapatan bulanan tidak melebihi RM2000.00 sebulan.
Tergolong dalam kategori miskin dan perlu dibantu. (mengikut kriteria dan budi bicara kerajaan negeri)
Senarai Dokumen Diperlukan
Salinan Borang Permohonan
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Surat Beranak/ Sijil Kelahiran
Salinan Sijil Kursus Perkahwinan/ Surat Pengecualian Kursus Perkahwinan
Salinan Borang Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
Salinan Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin (Borang 1)
Salinan Slip Gaji/ Pengesahan Pendapatan oleh penghulu mukim/ penggawa
Gambar Berukuran Passport dan Salinan Pengesahan No. Akaun/ Penyata Akaun Bank
Isi Maklumat Permohonan lengkap, Pemohon dan Pasangan
Memuat Turun Borang Permohonan & mencetak borang permohonan. Pemohon juga perlu mengesahkan borang permohonan tersebut dengan penghulu mukim.
Permohonan yang telah disahkan perlu dimuatnaik beserta dengan beberapa dokumen yang diperlukan.
Mengesahkan semua butiran dokumen yang diisi dan membuat pengakuan bahawa semua butiran yang diberikan adalah benar.
Tekan butang ‘Hantar Permohonan’ bagi melengkapkan proses permohonan SKIM GERBANG AZ-ZIWAAJ.
Sehingga kini seramai lebih 60000 pasangan sudah pun mengambil manfaat menerima skim bantuan perkahwinan ini dan tiada kuota yang ditetapkan oleh kerajaan negeri untuk seberapa ramai mana pasangan yang ingin berkahwin untuk memohon skim bantuan ini setiap tahun.
Sumber Dan Rujukan – https://eazziwaaj.kelantan.gov.my/
E-Bantuan Info
Penulis Epic @ Ebantuan.my, saya adalah orang yang akan memastikan setiap catatan dan artikel blog yang kami terbitkan adalah LUAR BIASA dari yang lain.