Pengenalan: Bantuan Warga Emas
Skim bantuan ini diberikan kepada warga emas yang miskin tegar (yang memenuhi syarat kriteria kelayakan) untuk menampung kewangan dan kesejahteraan hidup.
Syarat Kelayakan
- Warganegara dan penduduk tetap di Malaysia.
- Warga emas/orang tua berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan Isi Rumah mestilah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan Purata Miskin Isi Rumah Semasa ataupun PGK Purata Miskin PerKapita Semasa mengikut tahun terkini.
- Warga emas yang tidak tinggal diInstitusi pejabat JKM atau Pusat jagaan harian atau berkediaman yang memberi kemudahan dan perkhidmatan secara percuma.
Kadar Bantuan
RM500 setiap bulan
Cara Memohon
Pengurusan untuk permohonan bantuan warga emas boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dibuatkan siasatan dulu untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan status kelayakan bantuan ini kepada pemohon. Segala urusan permohonan bantuan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak semata2.
Untuk menpercepatkan urusan pentadbiran oleh jabatan berkenaan, pemohon diminta untuk membawa dokumen sokongan ketika hadir di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal serumah, dan salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen jika ada yang berkaitan.
Borang Permohonan
- Muat turun JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
- Muat turun JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Pelaksanaan bantuan kebajikan warga emas adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang sudah termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Sumber dan Rujukan – www.jkm.gov.my