Skim Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU)

Pengenalan: BAYU Universiti Selangor (UNISEL)

UNISEL akan menjadi agensi pelaksana bagi menggerakkan inisiatif BAYU ini dengan mensasarkan penerima skim BAYU dari kalangan keluarga M40 dan B40 terutamanya B10. Inisiatif ini memberi bantuan asas yuran dari RM500 hingga RM1,000. Dengan adanya inisiatif ini, ianya dapat mengurangkan beban untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi. Disasarkan seramai 2,500 pelajar akan mendapat manfaat dari inisiatif ini.

Program BAYU akan diteruskan pada tahun 2024 dengan peruntukan sebanyak RM5 juta. BAYU ini telah memberi manfaat kepada ramai pelajar sejak dilaksanakan pada tahun 2021. Secara keseluruhan, sejumlah lebih kurang RM16 juta diperuntukkan bagi keseluruhan Program Pembangunan Pendidikan Tinggi bagi Tahun 2023.

Golongan Sasar / Kriteria

Bantuan tajaan yuran asas kepada mahasiswa anak Selangor yang mendapat tempat di universiti dan bertujuan membantu golongan ibu-ibu bapa kategori B40 dan M40.

Cara Memohon

BAYU Universiti Selangor UNISEL

Permohonan dan pertanyaan lanjut boleh rujuk ke Universiti Selangor (UNISEL) / Universiti Islam Selangor (UIS).

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 / 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐4 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 (𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋) 𝐒𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀

Hari Pendaftaran:

  • 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐀𝐬𝐚𝐬 : 1 Ogos 2024 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)
  • 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 / 𝐃𝐞𝐠𝐫𝐞𝐞 : 𝟐9 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎24 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)

Untuk info lanjut, hubungi: ☎ 03-5522 3400

No. Whatsapp:

Sumber dan Rujukan – https://www.unisel.edu.my/

Penulis Epic @ Ebantuan.my, saya adalah orang yang akan memastikan setiap catatan dan artikel blog yang kami terbitkan adalah LUAR BIASA dari yang lain.

Related Posts