Bantuan Sara HidupE-BantuanSkim Bantuan Kebajikan

Skim Bantuan Ibu Tunggal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Pengenalan: Bantuan Ibu Tunggal Oleh JKM

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah merupakan agensi di bawah KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM). JKM ada menawarkan Bantuan Geran Pelancaran (GP) untuk kumpulan sasar oleh JKM, khas untuk individu yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan nilai pembiayaan maksimum sebanyak RM2700. Namun demikian, bantuan GP ini hanya ditawarkan kepada penerima bantuan sudah berdaftar dengan JKM sahaja. Oleh itu, bagi sesiapa ibu tunggal yang ingin memohon, perlulah membuat pendaftaran permohonan untuk skim bantuan bulanan terlebih dahulu oleh JKM, Sekiranya permohonan tersebut layak dan telah tersenarai sebagai penerima skim bantuan bulanan, barulah boleh mengemukakan permohonan untuk bantuan Geran Pelancaran (GP).

Senarai Skim Bantuan Ibu Tunggal

Berikut adalah skim bantuan bulanan yang boleh dimohon oleh ibu tunggal;

1) Sekiranya pemohon oleh ibu tunggal tersebut ada menpunyai anak yang berumur 18 tahun dan ke bawah, maka layaklah untuk memohon Skim Bantuan Kanak-Kanak Rm100/sebulan untuk seorang anak dan maksimum bantuan tunai adalah sebanyak RM450/ sebulan sesebuah keluarga.

2) Jikalau ibu tunggal pemohon tidak mempunyai anak, maka bolehlah memohon Skim Bantuan Am.

3) Untuk ibu tunggal yang telah berumur 60 tahun ke atas, maka dia layak untuk dipertimbangkan memohon Skim Bantuan Orang Tua sebanyak RM300/ sebulan.

*Skim bantuan ini adalah termaktub kepada syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh JKM.

Oleh itu, JKM akan menawarkan mana-mana skim bantuan yang berpatutan dan bersesuaian dengan kelayakan pemohon ibu tunggal tersebut.

Cara-cara Memohon

Sebarang pertanyaan dan permohonan bolehlah untuk hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran untuk pendaftaran permohonan. Pegawai kebajikan masyarakat yang bertauliah akan menentukan skim bantuan yang layak diterima oleh ibu tunggal tersebut.

Selain itu, ibu tunggal tersebut juga boleh menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang juga merupakan agensi di bawah KPWKM, untuk mendaftarkan diri di jabatan tersebut bagi membolehkan ibu tunggal tersebut mengikuti kursus atau latihan yang disediakan oleh JPW khas untuk kepada ibu-ibu tunggal.

Untuk maklumat lanjut berkenaan skim bantuan ibu tunggal oleh JKM, bolehlah menghadiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah diseluruh Malaysia, dan juga boleh melayari laman web rasmi JKM di www.jkm.gov.my

Untuk Lebih Lanjut Senarai-senarai Bantuan yang ada boleh layari atau Klik Disini Bantuan Ibu Tunggal

Sumber dan Rujukan – www.jkm.gov.my , Blogz.my

Penulis Epic @ Ebantuan.my, saya adalah orang yang akan memastikan setiap catatan dan artikel blog yang kami terbitkan adalah LUAR BIASA dari yang lain.

Related Posts

1 of 101