
Newsletter Subscribe
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Enter your email address below and subscribe to our newsletter
Melalui Belanjawan 2022 dan 2023, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan secara one-off berjumlah RM5 juta untuk meringankan beban ibu bapa dengan pemberian subsidi yuran KAFAI berjumlah RM30 sebulan. Peruntukan ini telah diagihkan dengan jayanya kepada 296 institusi KAFAI seluruh Selangor pada tahun 2022 dan pertengahan tahun 2023. Bantuan ini telah berjaya menyelesaikan isu tunggakan yuran bulanan bagi 22,226 ribu orang murid B40.
Subsidi Kafa-i bantu keluarga susah tampung yuran anak
Bagi meringankan beban ibu bapa dan melancarkan urusan pembelajaran murid-murid, Kerajaan Negeri bersetuju untuk meneruskan inisiatif bantuan sara hidup pemberian subsidi yuran KAFAI.
Bayaran tersebut akan digunakan bagi menampung pembayaran utiliti termasuk sewaan premis, baik pulih bangunan, penyelenggaraan, kemudahan akses internet dan elaun Guru Rakyat.
Usaha ini diharap menjadi suntikan dan galakan kepada masyarakat agar terus menyediakan pendidikan agama Islam untuk anak-anak berusia 7 hingga 12 tahun di Negeri Selangor khususnya. Untuk maksud ini sejumlah RM5 juta secara one-off akan diperuntukkan.
Pemberian subsidi yuran KAFA berjumlah RM30 sebulan kepada 14 ribu orang murid B40 di 296 institusi KAFAI diseluruh Negeri Selangor.
Bantuan RM30 sebulan sangat besar maknanya untuk golongan kurang berkemampuan terutama pada keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi. Peningkatan kos taraf sara hidup menyebabkan ada segelintir ibu bapa terpaksa menangguhkan bayar yuran sekolah anak.
Murid-murid B40 KAFAI di Negeri Selangor
JAIS / JK Tetap Pendidikan
Sumber dan Rujukan – https://www.selangor.gov.my/