E-Bantuan: Semakan STR Fasa 3 Tahun 2024
Sebagaimana kita sedia maklum untuk Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dilakukan seperti berikut:
Pembayaran kredit terus ke dalam akaun bank penerima akan dibuat secara berperingkat merujuk kepada maklumat penerima yang telah didaftarkan oleh LHDNM kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Penerima dinasihatkan untuk membuat semakan STR akaun masing-masing melalui Perbankan Internet myBSN atau Mesin ATM bank BSN yang terdekat.
Pembayaran secara tunai juga boleh turut dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan di seluruh kaunter bank BSN yang terdekat. Penerima hanya perlu membawa kad pengenalan (IC) untuk verifikasi pengesahan oleh bank.
Semakan STR QRCODE
Semak STR status kelayakan anda melalui kaedah berikut:
- Imbas kod QR
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747
Untuk mewakil pengambilan STR, penerima hanya boleh mewakil nama yang didaftarkan sahaja untuk mewakili pengambilan STR bagi pihak penerima. Boleh rujuk laman web rasmi STR untuk maklumat lanjut.
Soalan-soalan FAQ
1. Bagaimanakah saya boleh menyemak status permohonan STR?
- Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui: Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat HASiL yang terdekat berhampiran dengan anda.
2. Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status permohonan STR 2024 melalui Portal Rasmi STR (bantuantunai.hasil.gov.my)?
- Semakan boleh dibuat dengan Klik log masuk laman web MySTR.
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran (Jika Ada).
3. Apakah yang dimaksudkan dengan status Permohonan Diterima dan Dalam Proses?
- Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
- Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan status Lulus?
- Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan status Tidak Lulus?
- Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
6. Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya permohonan STR saya berstatus Tidak Lulus?
- Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) disini. Permohonan STR 2024 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.
7. Sekiranya status permohonan saya Dalam Proses, adakah saya boleh mengemas kini semula maklumat permohonan saya?
- Tidak. Bagi permohonan berstatus Dalam Proses tindakan kemas kini maklumat permohonan tidak boleh dibuat sehingga keputusan dipaparkan.
8. Saya membuat semakan pada Menu Semakan Status Permohonan dan paparan Status Permohonan adalah Tidak Layak. Apakah yang dimaksudkan dengan Tidak Layak?
- Sila hubungi pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.
9. Saya telah lulus STR 2024 tetapi status SARA “Dalam Proses Semakan”. Apakah yang dimaksudkan “Dalam Proses Semakan”?
- Status kelulusan SARA dengan paparan status “Dalam Proses Semakan” akan dikemas kini setelah pemakluman rasmi dikeluarkan oleh pihak Kerajaan.
Sumber dan Rujukan – https://bantuantunai.hasil.gov.my/